suria

Lama bersabar, warga emas tahan pemandu supercar depan rumah... Geram bunyi bising ganggu cucu nak tidur!

Pemandu supercar ditahan jirannya semasa ingin keluar dari kawasan perumahan.

DERUMAN supercar sememangnya menjadi tumpuan pengguna jalan raya mahupun sesiapa sahaja yang melihatnya.

Bagaimanapun, bunyi power tersebut kadangkala kedengaran bingit apabila berada di kawasan perumahan sekali gus mengganggu penghuni setempat.

Maka tidak hairanlah apabila terdapat segelintir individu yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila sering dihidangkan dengan deruman supercar setiap hari.

Menerusi hantaran tular, seorang lelaki menyatakan pemandu sebuah kereta supercar dimarahi jirannya disebabkan bunyi ekzos yang kuat di kawasan perumahan.

Tangkap layar rakaman tular ketika dia ditahan jiran.

Tangkap layar rakaman tular ketika dia ditahan jiran.

"Brother ni kena marah dengan jiran dia, katanya sebab 'rem-rem'. Semoga dipermudahkan urusan abang dan jiran ni," ujarnya menerusi hantaran di laman X.

Berdasarkan video yang dikongsikan, terdapat dua klip rakaman pada hari berbeza yang memaparkan pemandu kereta itu telah ditegur oleh jirannya.

Menerusi rakaman bertarikh 23 Mac, pemandu terbabit terdengar jeritan seorang lelaki ke arahnya semasa menantikan palang automatik dibuka.

ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni rumah flat tengok TV macam orang pekak, jiran siap ‘cop’ suka buat bising... “Sebab tu la aku tak boleh duduk dengan B40!”

ARTIKEL BERKAITAN: “Pelanggan aku lari sebab kau” - Rumah jadi parking lot sebab jiran jual burger, dah tegur tapi kena ‘sound’ pula

Bagaimanapun, pengawal keselamatan enggan memaklumkan arah jeritan berkenaan dan memintanya meneruskan pemanduan.

Namun menerusi klip seterusnya, iaitu selepas insiden pertama berlaku, pemandu supercar tersebut tiba-tiba ditahan seorang lelaki warga emas yang juga jirannya semasa ingin keluar dari kawasan perumahan berkenaan.

Warga emas itu menyatakan rasa tidak puas hati kerana mendakwa pemandu berkenaan membuat bising sehingga mengganggu penduduk setempat termasuk cucunya yang ingin tidur.

Menafikan dakwaan tersebut, lelaki ini menyatakan dia tidak membuat bising dan hanya memandu pada kadar 20 kilometer per jam (km/j).

Tak patut duduk dalam taman nak modify kereta bising-bising

WARGA MAYA

"Saya bawa 20km/j je. Aku tak boleh terima tuduhan dia cakap aku rem-rem depan rumah dia," ujarnya.

Situasi yang berlaku itu membuatkan kedua-dua mereka bertikam lidah sehingga perlu dileraikan oleh pengawal keselamatan.

Bagaimanapun, keadaan kembali terkawal dan masing-masing meneruskan urusan harian.

Dalam pada itu, pemandu supercar tersebut turut berkongsikan klip yang menurutnya menjadi punca dia dimarahi jiran terbabit.

Supercar merupakan kereta mewah yang diminati ramai. -Gambar hiasan The Star

Supercar merupakan kereta mewah yang diminati ramai. -Gambar hiasan The Star

"Baru saya sedar yang tak semua faham macam mana kereta berfungsi. Sportcar dan supercar lain cara dia berfungsi... downshift dan coolstart selalu disalah tafsir.

"Kami yang bawa kereta macam ni segan, bukan kita nak rem tapi fungsi rav match ni tak boleh off," jelasnya.

Malah katanya, perselisihan faham yang berlaku dengan jiran tersebut diselesaikan dengan dia mengakui 'kesilapan' dan menjelaskan tentang sistem ekzos yang bising.

"Saya akui sistem ekzos kereta ni memang bising, yang itu saya mohon maaf dan cuba sedaya upaya untuk tidak mengganggu orang apabila masuk ke kawasan rumah.

Warga maya turut meluahkan reaksi kurang senang tentang deruman ekzos yang kuat.

Warga maya turut meluahkan reaksi kurang senang tentang deruman ekzos yang kuat.

"Kes dengan pakcik ni dah selesai, dia tak tahu pasal rev match tu sebab tu dia marah semua supercar. Dia terima penerangan tu dan mohon maaf atas bahasa makian yang diberikan," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan reaksi kurang senang pada pemandu supercar tersebut.

"Saya rasa dia tak pernah dengar valvetronic system. Dia boleh adjust bunyi sampai macam original atau bunyi penuh.

"Dia kata rem dekat luar kawasan je, dia tak tahu time dia hidupkan enjin tu terkejut satu taman.

"Nampak macam dah lama pakcik tu tahan sabar. Padan muka, memang tak patut duduk dalam taman nak modify kereta bising-bising," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain