suria

Duit raya lagi! Bayaran STR Fasa 2 masuk akaun Rabu ini

Anwar berucap pada Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri.

BAYARAN dan pengkreditan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kepada penerima yang berdaftar menerusi pangkalan data bantuan berkenaan akan dilakukan pada 3 April ini.

Khabar gembira yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bakal memberi manfaat kepada sembilan juta warganegara termasuk 60 peratus rakyat dewasa.

“Peruntukan STR pada 2023 berjumlah RM8 bilion iaitu tambahan pada sebelumnya, (manakala) pada 2024, jumlahnya ialah sebanyak RM10 bilion.

“Itu geran secara langsung kepada rakyat, maknanya secara maksimum. Kalau 2023, jumlahnya sebanyak RM3,100 satu keluarga, pada 2024, ia sebanyak RM3,700 setiap keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, bantuan STR untuk golongan bujang juga meningkat pada tahun ini berbanding 2023 dengan menyaksikan peningkatan daripada RM350 kepada RM500.

“Jadi, Fasa 1 sudah bayar pada Januari sebanyak RM500, Insya-Allah Fasa 2 akan dibayar pada 3 April 2024.

“Itu pun sudah ditingkatkan daripada RM1.26 bilion kepada RM1.5 bilion,” katanya.

Pembayaran akan disalurkan menerusi pengkreditan ke dalam akaun bank atau secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional secara berperingkat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain