suria

Rezeki pekerja ‘gomen’, dapat duit raya RM500! Orang pencen pun ada habuan

Kerajaan bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah. -Gambar hiasan

PENJAWAT awam Gred 56 ke bawah bakal menikmati Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 yang akan dibayar pada Jumaat ini.

Berita gembira tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Puspanitapuri, pagi Isnin.

Ujar beliau, kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

ARTIKEL BERKAITAN: Bonus! Penjawat awam dapat RM2,000, pesara RM1,000

"Hari ini, bersamaan 21 Ramadan 1445H, saya umumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

"Sebanyak RM250 BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

"Insya-Allah saya sudah maklumkan kepada Perbendaharaan supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024," katanya.

Perdana Menteri berkata, bantuan khas itu mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan perbelanjaan persekolahan, walaupun bayaran Insentif Awal sebanyak RM2,000 telah disalurkan pada 23 Februari lepas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain