suria

Tabung Haji umum agihan keuntungan 3.1 peratus, 9.15 juta pendeposit dapat manfaat

Dr Mohd Na'im mengumumkan agihan keuntungan Tabung Haji pada Selasa.

LEMBAGA Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.1 peratus, melibatkan nilai RM2.72 bilion bagi tahun kewangan 2023.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar di Menara TH, Kuala Lumpur pada Selasa.

"Agihan keuntungan tahun kewangan 2023 adalah pada kadar 3.1 peratus selepas mengambil kira pelunasan zakat sebanyak 2.57 peratus.

"Alhamdulillah TH masih lagi dapat memberi agihan keuntungan pada kadar 3.1 peratus, sama seperti tahun sebelumnya meskipun negara terus berdepan persekitaran mencabar.

GKIEJDwaYAAokgt

Tabung Haji mengumumkan agihan keuntungan pada Selasa.

"Agihan keuntungan 2023 melibatkan jumlah agihan sebanyak RM2.72 bilion yang akan memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit TH," ujarnya.

Menurut Dr Mohd Na'im lagi, nilai terbaharu yang diumumkan itu menjadikan agihan keuntungan TH kini berjumlah RM42.9 billion sejak 60 tahun penubuhannya.

"Prestasi TH pada 2023 didorong oleh pelaburan patuh syariah di dalam instrumen pendapatan tetap yang menjana 52 peratus daripada jumlah pendapatan keseluruhan manakala 24 peratus disumbang oleh pelaburan ekuiti.

"Pulangan daripada pelaburan hartanah dan pasaran wang juga menyumbang 24 peratus kepada jumlah pendapatan. Ini menjadikan jumlah agihan keuntungan sejak penubuhan selama 60 tahun sebanyak 42.9 bilion sehingga kini," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain