AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Endau, Alwiyah Talib menerima 19 jahitan di wajahnya selepas terbabit dalam kemalangan kereta di Mersing, Johor. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata kemalangan berlaku di KM28 Jalan Kota Tinggi-Mersing dan dilaporkan kira-kira pukul 5.30 petang Isnin. “Kami percaya suaminya yang memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) itu tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan. “Akibatnya, Alwiyah mengalami kecederaan di dagu dan mulut dan dihantar ke Hospital Mersing untuk rawatan perubatan,” katanya. Alwiyah menaiki kenderaan itu bersama enam ahli keluarganya. Bagaimanapun, hanya Alwiyah yang cedera dalam kejadian itu. Sementara itu, pegawai khas Alwiyah, Muhamad Amerul Muhamad berkata Adun berkenaan selesai menerima rawatan kira-kira pukul 8 malam. Dia kini berehat selepas menerima 13 jahitan di mulut dan enam jahitan di dagu. Doktor juga mengeluarkan sijil sakit sembilan hari dari 1 April hingga 9 April. - The Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube