KETIKA seluruh negara sedang bergembira menyambut perayaan Aidilfitri, KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) mengangkat semangat 'Care For Life' dengan meraikan barisan kakitangan yang berdedikasi, para pesakit dan kesemua petugas barisan hadapan yang banyak berkorban untuk berkhidmat tanpa kenal erti lelah, terutamanya mereka yang tidak dapat bersama keluarga untuk menyambut hari raya. KPJ Healthcare baru-baru ini melaksanakan sebuah program komuniti ‘Jalinan Kasih’ bagi menyampaikan bantuan semasa bulan Ramadan di samping menyantuni golongan gelandangan di Chow Kit, Kuala Lumpur. Chin Keat Chyuan (tiga, kanan) meraikan barisan kakitangan sempena sambutan Aidilfitri. Meneruskan semangat ini pada hari pertama Syawal, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan, mengambil inisiatif untuk turun padang dan melawat para pesakit dan petugas barisan hadapan di Hospital Pakar KPJ Damansara (DSH), Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2), Balai Bomba Damansara Utama dan Balai Polis Damansara Utama bagi menzahirkan sokongan dan penghargaan kepada mereka yang bertugas sewaktu musim perayaan. ARTIKEL BERKAITAN: mStar dan KPJ Healthcare bawa klinik bergerak santuni gelandangan menerusi program Jalinan Kasih Prihatin mStar Baek KPJ Healthcare turut membuat lawatan khas ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dan Balai Bomba Taman Tun Dr Ismail. Antara barisan kakitangan KPJ Healthcare yang berkhidmat tanpa kenal erti penat lelah. Mengulas lanjut mengenai inisiatif ini, Chin berkata, dedikasi dan pengorbanan petugas barisan hadapan yang telah banyak berjasa selama ini benar-benar memberi inspirasi yang cukup bermakna. "Sejak dilanda wabak pandemik Covid-19, jalinan ikatan yang menghubungkan kami dengan kesemua barisan frontliners semakin utuh saban hari kerana kami turut berkongsi tujuan dan daya tahan yang sama. "Kini, kami berhasrat untuk mengeratkan lagi hubungan tersebut serta ingin terus bersatu dan bersama-sama menggembleng tenaga demi memenuhi komitmen untuk berkhidmat kepada negara tercinta," katanya. . KPJ Healthcare menzahirkan sokongan dan penghargaan kepada mereka yang bertugas sewaktu musim perayaan. Menurut Chin, inisiatif program Jalinan Kasih pada hari ini membuktikan KPJ Healthcare dalam menyediakan perkhidmatan yang berlandaskan prinsip utama ‘Care For Life’ kepada komuniti. "Dengan jarak radius cuma 10 kilometer di antara DSH dan DSH2, yang mana kedua-dua hospital pakar tersebut merupakan ahli Mayo Clinic Care Network (MCCN), syarikat akan terus berusaha untuk meningkatkan penjagaan yang mengutamakan pesakit atau patient-centric di samping memastikan penduduk di kawasan berdekatan mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti bertaraf dunia," katanya. KPJ Healthcare turun padang melawat petugas barisan hadapan di Balai Bomba Damansara Utama. Pemakanan yang berkhasiat adalah penting untuk penjagaan pesakit yang holistik. Anak syarikat KPJ Healthcare, Total Meal Solution (TMS), yang merupakan pembekal untuk sektor kesihatan dan penjagaan sosial, menawarkan hidangan yang lazat, berkhasiat dan mampan untuk individu di rumah atau dalam penjagaan. Setiap kali musim perayaan, TMS menyediakan hidangan khas untuk rangkaian hospital KPJ. Untuk sambutan Aidilfitri, para pesakit akan menikmati juadah tradisional seperti rendang, nasi impit dan pelbagai juadah enak yang lain. Dedikasi KPJ Healthcare dalam menyediakan makanan berkualiti mencerminkan komitmennya terhadap penjagaan kesihatan yang komprehensif dan penuh belas kasihan, mengutamakan setiap aspek pengalaman pesakit untuk kesejahteraan dan keselesaan secara keseluruhan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube