BUKAN wanita sahaja yang sukakan kecantikan dan bukan hanya KOL sahaja yang boleh mempengaruhi trend kecantikan. Betul tak? Sebab itulah AEON membuka peluang kepada kesemua pengguna dan peminat produk kecantikan untuk menentukan produk kecantikan terbaik di pasaran melalui undian dan ulasan produk-produk yang terpilih dalam kempen AEON Real Beauty. Eh, bukan sebarangan produk tau! Sebanyak 55 jenama terlibat dalam kempen AEON Real Beauty ini. Pelancaran kempen AEON Real Beauty 2022. Produk bertaraf antarabangsa pun ada juga dan anda yang akan menentukan jika mereka adalah jenama yang terbaik di pasaran! With great power comes great rewards! 20 pengundi bertuah akan menerima RM100 baucar AEON dan 10 video ulasan kecantikan akan mendapat RM250 baucar AEON. Tapi... itu sahaja ke? Ada lagi! Untuk pengulas kecantikan, anda akan menerima maksima sembilan jenama produk berbeza bernilai sehingga RM200 untuk ada cuba secara PERCUMA! Mana tahu, anda akan temui produk kegemaran yang anda cari selama ini. Menarik, kan? Ada lagi! AEON juga mahu menjemput anda ke pasar ria Real Beauty di Midvalley Megamall pada 10 hingga 16 Jun 2024 dan memeriahkan malam pesta Real Beauty pada 15 Jun 2024. Peserta kempen AEON Real Beauty musim pertama. Ini adalah tahun pertama AEON mengadakan kempen sebegini dan anda adalah perintis di dalam komuniti kecantikan AEON ini. Pengaruh anda berterusan untuk pelbagai program di bawah kempen AEON Real Beauty di mana anda berpeluang menjadi yang pertama untuk mencuba produk, memberi maklum balas dan juga berhubungan terus dengan jenama-jenama yang terlibat di bawah kempen AEON Real Beauty ini. Menarik, kan? Kempen ini berlangsung bukan sahaja di platform digital, tetapi juga di AEON Wellness seluruh negara dan 12 kedai AEON yang terpilih. Rakan-rakan AEON kami akan teruja untuk bercerita tentang program ini dengan anda! Sebahagian jenama dan produk yang menyertai kempen AEON's Real Beauty Ambassador. Ada lima kategori yang dipertandingkan antaranya adalah; Penjagaan Diri, Penjagaan Kecantikan, Kesihatan, Solekan dan Kecantikan Premium. 30 sub-kategori akan dinobatkan oleh anda sebagai yang terbaik di pasaran. Dari wangian, maskara, serum, suplemen kesihatan, losyen, syampu... banyak lagi lah! Sebagai syarikat peruncitan yang besar di Malaysia, AEON merasakan bahawa tanggungjawab sosial perlu digalas untuk membantu pengguna membuat pilihan yang terbaik dalam memilih produk yang paling berkesan untuk mereka tanpa menghabiskan wang yang banyak. Pada masa yang sama, kita juga dapat memberikan sokongan kepada jenama kecantikan dan kesihatan tempatan yang baru bertapak untuk mendapat perhatian sekali gus berkembang dalam perniagaan yang lebih sihat. Apa kata kita habiskan perbualan di artikel ini supaya anda boleh cepat-cepat mendaftar dan menjadi sebahagian dari komuniti AEON Real Beauty disini; AEON Retail Malaysia. Jangan lupa ikuti mereka di media sosial @aeonretail.my juga tau! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube