suria

Pencinta buku meriahkan BookFest @ Malaysia 2024! Banyak aktiviti menarik, menyeronokkan

Bookfest @ Malaysia 2024 berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

PESTA buku BookFest @ Malaysia 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur dari 6 hingga 14 April lalu, sudah pun melabuhkan tirainya.

Bertemakan ‘Membaca Bersama’, ia berhasrat untuk menggalakkan budaya membaca dalam masyarakat, malah pembaca dari semua peringkat umur dan latar belakang berpeluang untuk berkumpul, bertukar-tukar idea dan menerokai pelbagai bahan bacaan yang dipamerkan.

BookFest @ Malaysia bukan sekadar pesta buku, tetapi ia satu pengalaman yang mengujakan! Pengunjung yang hadir dapat menyertai pelbagai acara yang menghiburkan dan aktiviti menarik sepanjang tempoh sembilan hari penganjurannya.

Orang ramai yang berkunjung ke sini boleh mendapatkan pelbagai bahan bacaan dan produk menarik yang menampilkan buku Bahasa Inggeris, Cina, teks dan penilaian, CD, DVD & Koleksi. Ini termasuk gajet dan IT serta titbits yang pastinya menarik perhatian para pengunjung.

Turut diadakan sesi perkongsian pengarang dalam dan luar negara, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan bercerita kanak-kanak, pertandingan cosplay anime & komik, pertandingan koir, bengkel seni & kraf, demo memasak oleh chef terkenal dan banyak lagi!

bookfest 1

Pelbagai acara dan aktiviti diadakan sepanjang sembilan hari penganjuran BookFest @ Malaysia.

Ramadan @ Popular

Majlis Penyerahan Cek Ramadan @ Popular 2024 turut diadakan pada hari pertama BookFest@Malaysia berlangsung.

Menerusi kempen Popular Cares bertemakan ‘Jom Membaca: Beribadah sambil Beramal’, Ramadan @ Popular dilancarkan pada 2010 di semua Kedai Buku Popular dan Harris.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, 10 peratus daripada jualan Ramadan @ Popular disumbangkan kepada rumah-rumah anak yatim terpilih.

Pada tahun ini, sebanyak 18 rumah anak yatim dijemput menyertai majlis tersebut yang mana mereka menerima sumbangan berjumlah RM10,310.87. Selain itu, goody bag dan duit raya turut diagihkan kepada 40 penghuni daripada empat anak yatim.

Berikut adalah antara aktiviti yang diadakan sepanjang BookFest @ Malaysia berlangsung:

‘Meet & greet’ pengarang dalam dan luar negara

Pengunjung mengalami perspektif dan kisah unik penulis terkenal di BookFest @ Malaysia, dengan pengarang tempatan seperti Kee Thuan Chye, manakala pengarang Cina luar negara seperti Peter Su dan Blue Godzi, serta pakar seperti Dr Ee Zhang dan ramai lagi.

Bookfest @ Malaysia 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Penganjuran BookFest@Malaysia menarik perhatian ramai.

Penampilan pengarang utama

Pengarang kesusasteraan Cina yang terkenal, Chang Man-chuan membuat perkongsian tentang kisah kehidupannya, yang menarik kehadiran lebih 700 peserta.

Pertandingan koir kanak-kanak

Dengan kerjasama Young Choral Academy, BookFest @ Malaysia pada tahun ini membawakan pertandingan koir kanak-kanak yang menarik perhatian ramai.

Sebanyak lapan sekolah di Lembah Klang mengambil bahagian dan pemenang membawa pulang trofi dan sijil bernilai lebih RM5,000.

Han Ming Choir muncul sebagai pemenang pertama, diikuti Mun Choong Choir (kedua) dan Yu Hua Choir (ketiga).

Pertandingan bercerita Bahasa Inggeris

Seramai 19 peserta mengambil bahagian dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris pada 8 April lalu.

Ashton Kong Jay Young dari SJK(C) Kuen Cheng 1 muncul juara, diikuti Lee Zyanne dari SJK(C) Lai Meng (tempat kedua) dan Megan Goh Shin Pei dari SJK(C) Yuk Chai (ketiga).

Pemenang menerima trofi dan hadiah berjumlah lebih RM1,500.

bookfest 5

Para pengunjung terdiri daripada pelbagai umur dan latar belakang.

Pertandingan cosplay anime & komik

Pertandingan yang berlangsung pada 12 April lalu menyaksikan pemenang membawa pulang hadiah menarik bernilai lebih RM4,700. Lebih menarik, semua peserta turut menerima hadiah eksklusif secara percuma!

Selebriti cosplayer King Angel dan Crazed Joker dijemput sebagai pengadil pertandingan.

Pertandingan mewarna kanak-kanak

Pertandingan mewarna kanak-kanak ‘Membaca Bersama’ yang diadakan pada 14 April lalu menyaksikan penyertaan kategori A untuk kanak-kanak berusia antara 5 dan 8 tahun, manakala kategori B untuk kanak-kanak berusia antara 9 dan 12 tahun.

Pemenang membawa pulang hadiah menarik bernilai lebih RM9,000, tajaan Faber-Castell. Selain itu, 100 peserta pertama dari setiap kategori menerima hadiah eksklusif percuma.

Hari Bon Appétit @ Hari Cook–Out

Sama seperti kita menghargai buku, kita juga berkongsi kecintaan pada makanan. Menarik penyertaan pencinta makanan, demonstrasi masakan daripada barisan cef yang hebat diadakan dengan penampilan Valerie Yap, Tan Ye Ting dan Michelle Teoh yang menunjukkan kemahiran memasak mereka.

bookfest 2

Terdapat tawaran menarik sempena sambutan Ulang Tahun Ke-100 Popular.

Sepanjang acara yang berlangsung selama sembilan hari itu, para pengunjung BookFest @ Malaysia turut menerima pelbagai tawaran dan ganjaran menarik.

Antaranya ialah senarai 100 item wajib beli pada harga serendah RM5.50, diskaun sehingga 80 peratus bagi lebih 200 produk dan diskaun 20 peratus untuk semua buku.

Selain itu, menerusi 'Beli dan Menang', dengan perbelanjaan minimum RM100 nett pada BookFest @ Malaysia, setiap satu pembelian akan melayakkan untuk satu penyertaan daripada 300 hadiah bernilai lebih RM30,000.

Bukan sekadar itu, pengunjung juga dapat menikmati ganjaran dengan membelanjakan RM100 nett dan ke atas untuk mendapatkan baucar ganjaran bernilai RM10 atau belanja RM150nett dan ke atas bagi baucar ganjaran bernilai RM50.

Selain itu, dengan perbelanjaan RM300 nett dan ke atas, pengunjung dapat membawa pulang baucar bernilai lebih RM100! Baucar penjimatan termasuk baucar promosi Popular, 4Fingers, Caring Farmasi, Juice Works, Eggette Lab, ParaThai dan baucar diskaun masing-masing Gamuda Land dan Brooks, serta baucar tunai Sakae Sushi.

Paling dinanti-nantikan adalah pengenalan kad keahlian edisi Ulang Tahun Ke-100! Kad keahlian edisi terhad ini sempena sambutan Ulang Tahun ke-100 Popular.

Maklumat lanjut boleh layari lamab web www.bookfestmalaysia.com atau Facebook BookFest atau muat turun aplikasi Popular.My.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain