suria

Baru 4 bulan kerja, pembantu kafe ditemukan mati dekat kolej kediaman universiti

Kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR). -Gambar hiasan

SEORANG warga asing ditemukan mati di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak pada awal pagi Jumaat.

Mayat lelaki itu ditemukan mati tergantung pada tiang jambatan di kawasan kolej kediaman Mahala Farouk dalam kampus berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, lelaki itu merupakan pembantu kafe.

"Si mati dijumpai dalam keadaan tergantung dengan satu kain panjang berwarna hitam terjerut di leher yang diikat pada tiang jambatan.

"Lelaki itu adalah seorang pembantu kafe di UIA sejak empat bulan lalu," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, lelaki berusia 29 tahun itu ditemukan sekitar pukul 12.30 tengah malam tadi.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain