suria

Tengku Hassanal tersipu malu... Al-Sultan Abdullah usik, titah doakan cepat bertemu jodoh

Al-Sultan Abdullah sempat mengusik Tengku Hassanal ketika bertitah pada pada Isnin.

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memohon mendoakan agar anakanda baginda, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, segera mendirikan rumah tangga.

Usikan berkenaan sempat diselitkan ketika baginda bertitah pada Istiadat Pembukaan Dewan dan Mesyuarat Pertama Penggal ke-3 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Sifat rendah diri, kesederhanaan Tengku Hassanal curi hati rakyat

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan penghargaan buat Tengku Hassanal yang telah melaksanakan tugas sebagai Pemangku Raja selama lima tahun bermula 2019 ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.

"Beta mengambil kesempatan merakamkan ucapan berterima kasih kepada pasukan anakanda saya yang telah memegang tugas dan tanggungjawab sebagai Pemangku Raja Pahang selama lima tahun sewaktu saya menjadi Yang di-Pertuan Agong.

"Terima kasih juga kepada semua, khususnya Menteri Besar (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail); Setiausaha Kerajaan Pahang (Datuk Seri Zulkifli Yaacob); Ahli Mesyuarat Kerajaan (Exco) Pahang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang memberi segala dorongan, sokongan dan tunjuk ajar sepanjang tugasan paduka anakanda sebagai Pemangku Raja Pahang.

"Mudah-mudahan anakanda saya dapat mempelajari selok-belok tentang urusan tadbir urus negeri Pahang dan mudah-mudahan juga kita doakan supaya Tengku Hassanal cepat kahwin," titah baginda sebelum mengakhiri lafaz titah Diraja.

pic 2

Tengku Hassanal (kanan) bersama Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta kekanda dan adindanya. -Foto Bernama

Tengku Hassanal yang juga Tengku Mahkota Pahang dilihat melemparkan senyuman ketika titah berkenaan disambut ketawa kecil sidang DUN.

Tengku Hassanal yang diputerakan pada 17 September 1995 merupakan putera sulung (anakanda kedua) Al-Sultan Abdullah dengan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tidak hanya memiliki wajah yang tampan, Tengku Hassanal juga mewarisi sifat ramah serta berjiwa rakyat daripada ayahanda.

Baginda yang kini berusia 28 tahun semakin menjadi perhatian ramai khususnya golongan gadis sejak turun padang menyertai Kembara Kenali Borneo 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain