suria

Lagi pokok besar tumbang, sebuah kereta di lokasi kejadian

Sebatang pokok besar tumbang di Jalan Macalister, pada pagi Sabtu.

SEBATANG pokok besar tumbang di Jalan Macalister, Pulau Pinang ketika hujan lebat pada Sabtu.

Video dan gambar yang tular di media sosial menunjukkan pokok itu tumbang di jalan berhampiran sebuah hotel bajet.

Kelihatan sebuah kenderaan berhampiran pokok tumbang, termasuk serpihan dan dahan pokok di sekitar lokasi kejadian.

Sebatang pokok besar tumbang di Jalan Macalister, pada pagi Sabtu.

Kejadian pokok tumbang berlaku ketika hujan lebat.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 8 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tempatan usia 47 tahun disahkan maut, seorang cedera insiden pokok tumbang

ARTIKEL BERKAITAN: Pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail, hempap kenderaan dan landasan monorel

Pada Selasa lalu, sebatang pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Kejadian itu mengakibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 47 tahun maut, yang mana merupakan pemandu kenderaan jenis Mercedes, iaitu salah sebuah daripada 17 kenderaan yang dihempap pokok besar berkenaan. -The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain