TULAR seorang lelaki bertindak meludah pekerja di sebuah taman permainan dalam pusat beli-belah dipercayai di Tampoi, Johor Bahru. Menerusi rakaman video yang tular di laman X, dapat diperhatikan air liur lelaki berkenaan terkena dua pekerja wanita serta beberapa pelanggan lain. Berdasarkan penjelasan seorang pelayar, dia mendakwa ketegangan bermula apabila anak kepada lelaki itu dituduh mencuri gula-gula dan air. "Nak dijadikan cerita, lelaki ni memang pelanggan tetap di taman permainan sini, tapi masalahnya anak-anak dia suka ambil barang tanpa bayar. Walaupun kami dah marah dan larang, mereka degil tetap ambil. "Jadi petang tadi, anak dia curi gula-gula dan air yang semua sekali berjumlah RM9. Apabila kami tahan, bapa budak tu cakap boleh bayar, tapi nak bayaran balik RM48 untuk tiket anak-anak dia masuk taman permainan ni. "Mana boleh macam tu kan? Nampak sangat bapa dia tak boleh terima kesalahan anak sendiri. Sebab marah sangat, bapa budak tu pergi ludah pekerja yang tidak bersalah dan pelanggan yang bercakap dengan dia." jelas warga maya tersebut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pelayar menyelar tindakan lelaki itu. "Tak kisah la pelanggan setia atau tidak, dia tiada hak untuk buat taman permainan tu macam dia yang punya. Ada peraturan kena ikut, tak boleh buat ikut sedap sendiri. "Bukti video dah ada, boleh bawa ke pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Orang macam ni kita kena ajar, jangan biar dia naik lemak," kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube