suria

Memalukan, undang bahaya! Pasangan buat seks atas jalan raya cetus tanda tanya, dua motosikal ‘park’ tepi

Video tular memaparkan aksi tidak senonoh pasangan.

GEMPAR di media sosial video pendek memaparkan satu pasangan melakukan aksi intim di jalan raya.

Tidak dinyatakan di mana lokasi kejadian, tetapi dapat diperhatikan jalan berkenaan terletak di sebuah kawasan berhampiran ladang kelapa sawit.

Menerusi video tersebut, sekali pandang adegan itu nampak seperti seorang perempuan sedang memberi bantuan kepada mangsa kemalangan.

Bagaimanapun selepas diperhatikan dengan teliti, kelihatan seorang lelaki sedang berbaring di atas jalan tar manakala si wanita yang memakai tudung berada di atas badannya sambil melakukan pergerakan.

Mereka turut dilihat bercumbuan beberapa kali.

Pasangan itu dipercayai pergi ke lokasi itu dengan menunggang motosikal yang diparkir di bahu jalan dan rakaman dibuat dari jauh.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya bukan sahaja kesal dengan apa yang dilakukan mereka tetapi turut risau akan bahaya yang berkemungkinan menanti pasangan itu.

Panorama di sekitar lokasi kejadian.

"Nampak jalan tu macam tak banyak kenderaan, tapi kalau tiba-tiba ada kereta yang pecut dari celah selekoh, memang 'mati katak' la kalian.

"Tak rasa panas ke jalan tar tu waktu siang, lain macam betul. Biasanya jadi macam ni sebab pengaruh pornografi, sungguh ekstrem mereka punya keinginan seksual. Harus dibendung sesegera mungkin.

"Yang merakam tu pun macam mana boleh tiba-tiba ada dekat situ? Patutnya pergi tegur, mungkin mereka suami isteri tapi tak wajar untuk bermesra-mesraan dengan gaya begini di tempat terbuka," kata warga maya.

Dalam pada itu, memetik ulasan di portal Laduni.ID, persetubuhan di tempat terbuka yang melibatkan suami isteri dibolehkan di sisi syarak tetapi dengan syarat tiada siapa yang melihat kerana akan membawa aib.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 2:223 yang bermaksud:

"Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu."

Seterusnya, perlu diingat aurat pasangan sekiranya dipertontonkan kepada khalayak ramai jugak boleh jatuh haram hukumnya, demikian itu adalah tidak digalakkan dan jika hendak dilakukan perlu dengan penuh teliti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain