suria

Rangka manusia dalam ladang kelapa sawit dikenal pasti, milik lelaki dilapor hilang oleh isteri

Siasatan lanjut masih diteruskan berhubung rangka yang ditemukan dalam ladang kelapa sawit. -Gambar hiasan (kanan)

POLIS mengesahkan rangka yang ditemui di ladang kelapa sawit berdekatan Felda Sungai Kelamah, Gemas, Negeri Sembilan pada April lalu adalah milik seorang lelaki berusia 32 tahun.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata ia adalah rangka Muhammad Syafiq Salehin yang dilaporkan hilang pada 25 Mac oleh isterinya.

"Hasil laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan ke atas rangka mengesahkan ia adalah milik Muhammad Syafiq.

"Kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Di sekitar lokasi penemuan rangka pada 29 April lalu, polis turut menemukan motosikal jenis Yamaha LC 135 warna biru, topi keledar dan tali pinggang. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain