suria

Pertama kali nak ‘goncang’ tangan tok kadi, Azlan tak gementar akad nikah petang ini... Gayakan busana serba putih tajaan rakan

Azlan dan Hidayu bakal dinikahkan pada petang Selasa.

PASANGAN kekasih tular Mohd Azlan Ishak dan Nor Hidayu Halim bakal disatukan sebagai suami isteri pada petang Selasa.

Ketika dihubungi mStar, Azlan, 36, berkata majlis akad nikahnya akan diadakan di Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Alor Setar, Kedah.

"Insya-Allah saya akan dinikahkan 5.30 petang ini. Tiada persiapan apa-apa, cuma kami akan pakai baju warna putih. Ada kawan yang sponsor.

"Petang ini akad nikah semata-mata, tiada majlis makan-makan. Untuk akad nikah, saya tak sediakan wang hantaran. Cuma saya beri mas kahwin RM1,000.

"Dulang hantaran pun tiada, kami buat yang wajib saja," ujar Azlan kepada mStar.

ah

Kisah pasangan ini tular sejak minggu lalu.

Menurut Azlan lagi, dia juga tidak berasa gementar memandangkan keputusan untuk berkahwin dibuat untuk kebaikan bersama.

"Ini first time saya akan kahwin. Saya rasa okey lagi setakat ni, tak rasa gementar. Lagi pun saya buat benda ni untuk anak saya," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan bawa bayi naik motor mengaku bukan suami isteri, rancang kahwin minggu depan

Dalam perbualan itu juga, Azlan sempat memaklumkan bakal isterinya, Hidayu, 34, sedang disolek untuk persiapan majlis akad nikah mereka.

Dalam pada itu, Azlan berkata dia dan Hidayu turut merancang untuk mengadakan kenduri kecil-kecilan bersama keluarga pada 4 Jun ini.

Untuk rekod, Azlan dan Hidayu tular selepas gambar mereka membawa bayi lelaki berusia 11 bulan yang memakai alat bantuan pernafasan menaiki motosikal meraih perhatian ramai.

Selepas kisah tular itu, timbul pula cerita kurang enak apabila Azlan dan Hidayu diarahkan berpisah kerana duduk sebumbung tanpa hubungan perkahwinan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain