PERSONALITI media sosial cilik, Fatimah 'The Family UK' terpaksa ditidurkan untuk menjalani satu lagi prosedur pembedahan biopsi yang dijadualkan pada Rabu (hari ini). Menerusi kenyataan yang dikongsikan ibu Fatimah iaitu Nor Ashila Mahamed Ismail kepada mStar, keadaan anak keduanya itu tidak berapa baik biarpun pendarahan yang berterusan selama lapan hari sebelum ini sudah berhenti pada 24 Mei lalu. "Banyak yang berlaku sejak beberapa hari ini. Pendarahan Fatimah berhenti sepenuhnya sejak Jumaat lalu tetapi malangnya keadaannya semakin teruk. "Seperti yang dijadualkan, hari ini dia akan ditidurkan untuk biopsi lagi," kongsi ibu kepada tiga cahaya mata itu. Justeru, Nor Ashila memohon jasa baik orang ramai untuk terus mendoakan Fatimah agar prosedur pembedahan yang bakal berlangsung berjalan dengan lancar. ARTIKEL BERKAITAN: Allah kurnia keajaiban! Pendarahan Fatimah ‘The Family UK’ berhenti 2 jam sebelum ditidurkan, darah tiba-tiba kering tanpa tinggal walau setitis ARTIKEL BERKAITAN: Sudah seminggu Fatimah ‘The Family UK’ alami pendarahan selepas pembedahan... Makin lemah sejak 2 hari lepas "Kami sekeluarga dengan penuh rendah diri dan pengharapan ingin memohon jasa baik anda semua agar sudi untuk terus mendoakan kesayangan kami, Fatimah Omar Mukhlis. "Semoga Allah permudahkan urusan biopsi Fatimah hari ini tanpa sebarang komplikasi. Semoga berkat doa ramai, Allah kurniakan keajaiban buat Fatimah," tulisnya. Sebagai makluman, biopsi adalah ujian perubatan yang melibatkan pengambilan sampel sel atau tisu agar dapat diperiksa untuk menentukan kehadiran atau tahap penyakit. Fatimah dilaporkan menghadapi masalah kesihatan sejak Ramadan. Nor Ashila dalam waktu yang sama menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin serta tidak jemu mendoakan kesembuhan puterinya. "Terima kasih pada semua yang tak putus-putus bertanya khabar, tolong mendoakan dan juga menitipkan kata-kata semangat buat Fatimah dan kami sekeluarga. "Semoga segala jasa baik anda semua dikurniakan ganjaran pahala berlipat kali ganda oleh Allah SWT," tulisnya lagi. Nor Ashila turut berkongsi perkembangan terbaharu anaknya itu menerusi Instagram The Family UK. mStar pada 24 Mei lalu melaporkan Fatimah sudah menunjukkan perkembangan positif selepas pendarahan yang dialaminya selama lapan hari berhenti secara tiba-tiba, dua jam sebelum ditidurkan. Bagaimanapun kanak-kanak berusia 10 tahun itu masih lagi dalam keadaan yang lemah dan sakit. Fatimah yang kini dirawat di sebuah hospital di Birmingham, dilaporkan menghadapi masalah kesihatan sejak Ramadan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube