suria

Polis siasat pengawal peribadi kerabat diraja, disyaki pukul pemandu e-hailing OKU

Pihak polis menjalankan siasatan ke atas pengawal peribadi seorang kerabat diraja didakwa memukul lelaki OKU. -Foto The Star

POLIS membuka kertas siasatan berhubung laporan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang juga pemandu e-hailing mendakwa dia dipukul pengawal peribadi seorang kerabat diraja di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Selasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

“Belum ada tangkapan lagi, jadi kami belum tahu mengapa lelaki itu diserang.

“Malah mangsa yang memfailkan laporan itu juga tidak pasti mengapa dia diserang,” katanya dalam satu sidang media di Bukit Aman.

Difahamkan ketika kejadian mangsa sedang menunggu penumpang di hotel terbabit sebelum diminta untuk mengalihkan kenderaan, dia kemudiannya mendakwa dipukul di bahagian kepala.

Mangsa kini dikatakan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain