suria

Influencer ditahan tunjuk alat sulit, buat panggilan lucah

Seorang lelaki ditahan kerana berkelakuan tidak senonoh. -Gambar hiasan

POLIS menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang juga merupakan pencipta kandungan kerana didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita yang dikenali menerusi laman Instagram.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 17 Mei lalu.

Menurutnya, pengadu berusia 24 tahun telah menerima panggilan video tersebut daripada suspek yang dikenalinya.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang telah berkenalan dengan suspek sejak awal bulan ini melalui aplikasi Instagram.

"Suspek telah membuat panggilan video kepada pengadu dan menunjukkan alat sulitnya dan bercakap lucah kepada pengadu," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Mohamad Lazim berkata, suspek yang ditahan pada Rabu dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya direkodkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sewaktu menggunakan media sosial agar tidak mudah terpedaya dengan individu yang baru dikenali.

"Sekiranya mempunyai sebarang maklumat, orang ramai boleh menyalurkan ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Hotline Polis Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau balai polis berdekatan," kata Mohamad Lazim.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain