suria

“Insya-Allah satu Malaysia gembira” - Reaksi kakak ibu Zayn Rayyan beri harapan, tak sabar tunggu esok

Kakak Ismarina meluahkan rasa gembira ketika ditemui di Kompleks Mahkamah pada Rabu

IBU saudara kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin dilihat positif berhubung perkembangan siasatan kes bunuh kanak-kanak autistik itu.

Ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor pada Rabu, kakak kepada Ismanira Abdul Manaf selaku orang yang disyaki (OYDS) dalam kes berkenaan berkata kemungkinan ada khabar gembira buat seluruh ahli keluarganya.

Ia berikutan tiada pengakuan yang dibuat adiknya pada prosiding yang dijalankan pada Rabu.

"Hari ini (lega) Alhamdulillah... Alhamdulillah. Insya-Allah satu Malaysia (akan gembira)," kata wanita berusia 42 tahun itu ringkas tanpa berkongsi namanya.

Menerusi prosiding pada Rabu, polis gagal mendapatkan sebarang keterangan daripada suspek.

Ia susulan permohonan yang difailkan pihak polis mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan itu dibantah peguam yang mewakili suspek.

Pada 7 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar pukul 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain