suria

Ramai menanti di mahkamah, ibu bapa Zayn Rayyan didakwa hari ini

Ibu bapa Zayn Rayyan yang dibunuh pada Disember lalu akan didakwa pada Khamis.

IBU bapa kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Petaling Jaya pada Khamis.

"Saya hanya boleh mengesahkan bahawa pasangan itu akan didakwa hari ini.

"Bagi pertuduhan, saya tidak boleh dedahkan lagi kerana perlu berjumpa dengan timbalan pendakwa raya terlebih dahulu,” kata peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili pasangan itu.

Seorang lagi peguam yang mewakili pasangan itu, Mahmud Jumaat turut mengesahkan tentang proses pendakwaan yang akan dilakukan ke atas mereka hari ini.

"Hari ini akan didakwa, dua-dua akan didakwa. Saya akan mendengar sahaja pertuduhan ini dan kenal pasti pertuduhan yang dibacakan dan teruskan permohonan untuk ikat jamin," ujarnya menerusi satu siaran langsung ketika tiba di mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa Zaim pula ditahan... Kes pembunuhan Zayn Rayyan masuk 'episod baharu'

Sejak awal pagi Khamis, puluhan pengamal media berkumpul di perkarangan Mahkamah Petaling Jaya bagi membuat liputan kes pembunuhan kanak-kanak berkenaan.

Bagaimanapun, setakat 9.20 pagi, kedua-dua ibu bapa Zayn Rayyan belum dibawa ke mahkamah.

Untuk rekod, ibu bapa Zayn Rayyan kini direman bagi siasatan kes bunuh anak mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas ditahan di sekitar Puncak Alam, 31 Mei lalu.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai, kira-kira 10 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain