suria

Kurang 24 jam ditahan, datuk dan nenek Zayn Rayyan mungkin bebas hari ini

Datuk dan nenek Zayn Rayyan berkemungkinan dibebaskan hari ini, kata peguam.

DATUK dan nenek kepada kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditahan semalam berkemungkinan dibebaskan pada Khamis.

Perkara itu dimaklumkan peguam Fahmi Abd Moin menerusi sidang media di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sebentar tadi.

"Datuk dan nenek Zayn Rayyan akan dibawa ke mahkamah pagi ini dan akan dibebaskan dengan jaminan polis," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa Zaim pula ditahan... Kes pembunuhan Zayn Rayyan masuk 'episod baharu'

Menurut Fahmi, pasangan itu ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Untuk rekod, datuk dan nenek Zayn Rayyan ditahan di Subang Bestari, Selangor pada pukul 2.30 petang, Rabu.

Sebelum ini, kedua-dua pasangan terbabit dilihat lantang bersuara menyatakan bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari ada bersama mereka ketika kejadian pembunuhan berlaku.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain