suria

Bukan Seksyen 302 kerana membunuh... Ibu bapa Zayn Rayyan dituduh abai anak

Pasangan ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan pada tahun lalu.

IBU bapa kepada kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berusia enam tahun itu pada Disember tahun lalu.

Pasangan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf berdepan pertuduhan melakukan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan, tahun lalu.

Bagaimanapun mereka membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Khamis.

Terdahulu, pasangan itu yang dibawa menaiki van polis tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya kira-kira 9.12 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai menanti di mahkamah, ibu bapa Zayn Rayyan didakwa hari ini

Pada 1 Jun lalu Zaim dan Ismanira direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Untuk rekod, Zayn Rayyan dilaporkan hilang di kediaman keluarganya di Apartment Idaman, Damansara Damai pada 5 Disember tahun lalu.

Zayn Rayyan kemudiannya ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan apartment berkenaan pada keesokan harinya.

Laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada 7 Disember mengesahkan kanak-kanak itu mati dibunuh kerana terdapat kesan kecederaan pada leher serta badannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain