suria

Ajal dalam bilik hotel, isteri dibunuh! Suami serah diri di balai polis

Seorang lelaki menyerah diri di balai polis selepas membunuh isterinya. Foto media sosial

SEORANG wanita maut dipercayai dibunuh suaminya di sebuah bilik hotel di Batu Gajah, Perak pada Khamis.

Susulan itu, seorang lelaki tampil menyerah diri kepada polis dan mengaku telah membunuh isterinya menggunakan pisau.

Lelaki berusia 36 tahun itu hadir ke Balai Polis Batu Gajah dan membuat pengakuan tersebut, kira-kira pukul 2 petang.

Difahamkan, pasangan tersebut berdepan masalah rumah tangga dan dalam proses penceraian.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilaporkan mengesahkan pembunuhan tersebut, termasuk tindakan suspek tampil menyerah diri di balai polis.

Menurut Mohd Yusri, siasatan masih berjalan dan kenyataan mengenai kejadian itu akan dikeluarkan kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain