suria

Bukit Aman siasat penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan

Polis menjalankan siasatan berhubung penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn rayyan.

SIASATAN terhadap penyebaran gambar kecederaan mayat yang didakwa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, akan dikendalikan oleh Bukit Aman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman akan menyiasat kes tersebut susulan laporan polis yang telah dibuat.

"Siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 203A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, pada Selasa.

Dilaporkan, seorang pegawai kanan polis membuat laporan berhubung penyebaran gambar-gambar tersebut pada Ahad malam lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan tersebar, ini reaksi polis

ARTILEL BERKAITAN: Ngeri! 2 gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan tersebar... Keadaan hampir sama dalam info kertas siasatan viral

Terdahulu, kertas siasatan berhubung kes melibatkan kanak-kanak itu turut tular menerusi aplikasi sama.

Dikatakan dua gambar yang dimuat naik di aplikasi Telegram sejak Sabtu malam itu adalah keadaan mangsa selepas ditemui di anak sungai berhampiran kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor.

Untuk rekod, ibu dan bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin dilaporkan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, Disember tahun lalu.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang berusia 29 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Pada 6 Disember lalu, mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman di Damansara Damai, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain