suria

Sindiket bekal pekerja warga asing tumpas, suspek warga Pakistan mengaku kahwin 2 wanita tempatan

Suspek ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

JABATAN Imigresen Johor menahan tiga lelaki warga Pakistan kerana menjalankan agensi pengurusan pekerja asing tanpa kelulusan daripada Jabatan Tenaga Kerja.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata mereka yang ditahan adalah warga Pakistan berumur antara 28 dan 50 tahun ketika serbuan di sebuah lot kedai dua tingkat di Permas Jaya, kira-kira pukul 2 petang Khamis lalu.

“Kami telah berjaya menumpaskan sindiket membekal dan menggaji pekerja asing tanpa kelulusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja.

"Kejayaan serbuan ini adalah hasil daripada perhimpunan risikan selama enam bulan berikutan aduan orang ramai mengenai penglibatan warga asing di sebalik operasi ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohd Rusdi menambah, suspek utama di sebalik operasi syarikat itu ialah seorang lelaki berusia 28 tahun yang mendakwa mempunyai dua isteri warganegara Malaysia.

Beliau juga berkata siasatan awal mendapati syarikat itu, yang telah disita, didaftarkan menggunakan nama wanita Malaysia yang didakwa isteri kedua suspek.

“Syarikat itu diuruskan sepenuhnya oleh suspek utama manakala dua lagi warga Pakistan mengaku bekerja di bawahnya dan telah membayar RM7,000 untuk mendapatkan pas lawatan kerja sementara.

“Kami turut merampas 35 pasport Pakistan, dua pasport India, pasport Bangladesh, pasport Indonesia dan pasport Myanmar di tempat kejadian. “Jabatan turut merampas beberapa fail yang mengandungi bukti pembayaran gaji, tawaran pekerjaan, perjanjian pekerja pembekalan, salinan pasport dan permit kerja sementara,” katanya. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain