suria

Suami isteri influencer ditahan SPRM, bantu siasatan isu seleweng kutipan derma

Pasangan influencer berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes penyelewengan kutipan derma. -Gambar hiasan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pasangan suami isteri yang juga pempengaruh (influencer) susulan dakwaan isu penyelewengan kutipan derma.

Difahamkan, pasangan berkenaan ditahan pada pukul 6.40 petang Rabu, menurut sumber.

"Pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya jam 9 pagi esok untuk permohonan reman," katanya, memetik laporan Harian Metro.

Menurutnya lagi, penahanan berkenaan adalah bagi membantu siasatan susulan dakwaan kutipan derma melebihi jutaan ringgit itu tidak disalurkan secara betul.

Pasangan tersebut sebelum ini tular di media sosial gara-gara terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan wang derma, namun tampil menafikan dakwaan berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain