suria

Penduduk gempar temukan 2 mayat wanita dalam kereta... Keadaan ngeri, sudah kembung dan berbau

Dua mayat wanita ditemukan dalam kereta.

DUA mayat wanita ditemukan dalam keadaan mengerikan dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran taman perumahan di Taman Sri Rambai, di Bukit Mertajam, pada Rabu.

Kedua-dua mayat ditemukan di bahagian tempat duduk hadapan itu sudah kembung dan busuk.

Perkara itu disahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang.

Difahamkan, dua wanita dipercayai berusia lingkungan 20-an itu berkemungkinan sudah meninggal dunia lebih daripada lima hari.

Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu disedari orang awam yang melalui kawasan berkenaan sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Menurut jurucakap JBPM Pulau Pinang, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perda ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan meminta bantuan membuka pintu kereta terkunci.

"Sebaik tiba pasukan penyelamat yang lengkap dengan pemakaian PPE (pakaian perlindungan diri) berjaya membuka pintu kereta yang terkunci menggunakan peralatan khas.

"Didapati dua mayat perempuan dewasa berada di tempat duduk hadapan kereta tersebut. Kita serahkan mayat kepada polis bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan, Rabu malam.

Seorang daripada mangsa dipercayai berasal dari Negeri Sembilan. Namun setakat ini, identiti kedua-duanya belum dapat disahkan.

Mayat kedua-dua wanita itu dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk proses bedah siasat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain