suria

Hormati keputusan peribadi, privasi mengenai perkahwinan - Tengku Hassanal

Tengku Hassanal berkongsi pesanan itu menerusi Instagram.

TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta orang ramai agar menghormati privasi mengenai dirinya.

Di sebalik pesanan itu, Tengku Hassanal berkata baginda tetap menghargai keprihatinan rakyat yang berminat untuk mengetahui tentang kehidupan peribadinya.

“Sebagai seorang putera raja dan pewaris negara, saya amat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan dalam kehidupan peribadi saya oleh orang ramai.

"Walau bagaimanapun, saya meminta agar keputusan peribadi dan privasi saya mengenai perkahwinan masa depan saya dihormati,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah dikata seiras, pemuda ‘test’ ibu tunjuk gambar Tengku Hassanal! Ada makcik ‘frust’ melepas nak buat menantu

Tengku Hassanal berkongsi perkara itu menerusi laman Instagram pada Khamis malam.

Tambahnya, baginda kini mahu meletakkan fokus terhadap tugas-tugas serta tanggungjawabnya ke atas rakyat jelata.

“Saya percaya bahawa kehidupan yang begitu bermakna pilihan harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai untuk saya.

“Buat masa ini, saya komited untuk berkhidmat kepada Raja dan Negara, dan akan menjalankan tugas dan tanggungjawab saya dengan penuh dedikasi.

“Sokongan anda amat kami hargai. Terima kasih,” ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain