suria

Ingatkan urut biasa, rupanya ada ‘happy ending’… 56 individu dicekup terlibat aktiviti persundalan

Segelintir tukang urut didakwa menawarkan perkhidmatan tidak bermoral kepada pelanggan. -Gambar hiasan

LEBIH 50 warga asing ditahan Jabatan Imigresen susulan serbuan di rumah urut di Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, lima premis urut diserbu pada 10 Julai.

Dalam serbuan itu, 91 individu diperiksa, dan 56 warga asing dari Bangladesh, Myanmar, Thailand dan Sudan ditahan atas pelbagai kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pesara ‘gomen’ buat servis urut di rumah, kantoi songsang! Isteri kaget dengar pelanggan lelaki mengerang lain macam

"Turut ditahan dua warga tempatan yang kami percaya sebagai penjaga premis berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, operasi itu dilancarkan selepas mendapat aduan daripada orang ramai.

Mereka disyaki menjalankan aktiviti maksiat yang berselindung di sebalik perkhidmatan urut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain