suria

Polis tahan pengedar dadah, rampas dadah bernilai RM80,000

Mengedar dadah adalah satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan

PASUKAN polis menahan seorang penghias majlis dan merampas dadah bernilai RM80,000, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, suspek berusia 40-an ditahan di tepi jalan Cheras, Kuala Lumpur kira-kira pukul 12 tengah hari.

"Kami merampas 22.6 kg ganja dan 27.75 g erimin 5 daripada suspek. Kami turut merampas wang tunai RM3,000 dan sebuah kereta," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ravindar Singh kemudian menambah bahawa siasatan lanjut membawa polis ke sebuah kondominium di Kajang Selangor.

"Kami merampas 4.2kg ganja, sebuah kereta dan sebuah MPV di situ. Semua dadah itu bernilai RM77, 947," katanya.

Katanya, suspek aktif mengedar dadah sejak awal tahun ini dan menjadikan sebuah kondominium mewah sebagai tempat penyimpanannya.

"Kami percaya dia mendapat dadah itu daripada pengedar di Lembah Klang. Suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau tetapi didapati positif benzodiazepin," katanya

Ravindar Singh menambah, suspek kini direman sehingga 17 Julai ini.

“Kami menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 03-92050222 atau talian hotline polis KL 03-2115999,” katanya. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain