KEJADIAN 'tiupan angin' yang didakwa berlaku ketika penemuan telefon pintar dipercayai milik Nur Farah Kartini pada Rabu, mencetuskan kekecohan. mStar sebelum ini melaporkan pasukan polis menjumpai peranti dipercayai milik mangsa berusia 25 tahun itu di kawasan parit berdekatan dengan lokasi penemuan mayatnya di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor. Seorang pengamal media yang berada di lokasi kejadian merasai angin sejuk secara tiba-tiba ketika bahan bukti itu ditemui. Kejadian pelik itu bukan sahaja menjadi bualan ramai dan menarik perhatian pelbagai pihak termasuk pendakwa bebas, Tajdid Hadhari. Mayat Nur Farah Kartini ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit, pada Isnin lalu. Beliau yang hos program Tanyalah Ustaz tampil memberi teguran dengan meminta supaya masyarakat menjaga akidah masing-masing, di samping menghormati arwah. "Jangan duk percaya bukan-bukan. Jaga akidah, hormati roh arwah. Doa yang baik-baik," kata Tajdid di ruangan komen menerusi penyiaran artikel berkenaan di laman sosial. Terdahulu, mStar melaporkan pengalaman seorang wartawan yang merasai angin sejuk yang tiba-tiba bertiup itu bukan hanya dirasainya tetapi juga petugas-petugas lain yang berada di lokasi kejadian. ARTIKEL BERKAITAN: Kejadian aneh sejurus handphone dipercayai milik Farah Kartini ditemui... Wartawan tiba-tiba sejuk disapa angin - “Tanda terima kasih arwah” ARTIKEL BERKAITAN: Telefon pintar dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemui dalam parit Bagaimanapun, dia berasa terkejut selepas mendengar penjelasan daripada individu di situ berhubung kejadian yang dialami mereka. "Tapi ada salah seorang dekat kawasan tu dia cakap tadi korang rasa angin tak? Betul-betul lepas jumpa telefon. Selalunya kalau macam tu sebab tanda terima kasih daripada arwah. "Dia cakap macam tu... Itu apa yang saya dengar. Katanya pengalaman sebelum-sebelum ni pun macam tu. Bila sesuatu bahan-bahan penting untuk membantu kes diselesaikan dan sebagainya, begitulah yang berlaku. "Saya pun termenung tadi sebab saya tak pernah berdepan dengan situasi sedemikian (rasa angin). Mungkin itu boleh jadi sebagai tanda terima kasih," ujarnya. Komen yang diberikan Tajdid Hadhari sebagai teguran kepada masyarakat. Anggota Unit Skuba dan Sub-Akuatik Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan carian dan bahan bukti itu ditemukan kira-kira pukul 12.21 tengah hari selepas pencarian selama hampir sejam. Sementara itu, suspek berusia 26 tahun disyaki membunuh individu tersebut turut dibawa ke lokasi kejadian bagi proses pengecaman telefon pintar milik Nur Farah Kartini. Misteri kehilangan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu terjawab apabila mayatnya ditemukan di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor, pada Isnin lalu. Nur Farah Kartini dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Tanjung Malim, Perak pada Rabu minggu lalu. Susulan itu, seorang suspek yang merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 26 tahun direman selama tujuh hari sehingga 22 Julai bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube