suria

Feri ikonik Pulau Pinang ‘Pulau Kapas’ tenggelam

Keadaan sebuah feri yang tenggelam di Butterworth.

SEBUAH feri ikonik 'Pulau Kapas' yang tidak lagi beroperasi tenggelam di perairan Butterworth pada Selasa.

Pengurus Besar Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Vijayaindiaran R Visvalingam berkata, usaha untuk menyelamatkan feri itu tidak berhasil.

"Lambungnya sudah lama reput dan kakisan berlaku sejak ia 'diletakkan' di pangkalan sejak 2018," katanya.

Vijayaindiaran, satu mesyuarat akan diadakan pada Rabu untuk membincangkan sama ada untuk menyelamatkan feri itu atau menghapuskannya sama sekali.

"Tiada yang mahu menjadikan feri tersebut untuk diubah suai dan dijadikan sebagai restoran kerana kos yang tinggi," tambahnya.

Pulau Kpas merupakan satu daripada empat feri yang dihentikan perkhidmatannya pada 31 Disember 2020.

Feri yang lain adalah Pulau Undan, Pulau Paya dan Pulau Talang Talang. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain