suria

Kehilangan Albertine: 3 suspek direman empat hari

Tiga suspek direman selama empat hari berhubung kes kehilangan Albertine.

TIGA individu direman selama empat hari sehingga 26 Julai bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Eco Galleria, Iskandar Puteri, pada Sabtu lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Suhaili Sapun pada Selasa, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, mStar melaporkan tiga individu ditahan susulan kehilangan seorang kanak-kanak bernama Albertine Leo Jia Hui.

Tangkapan dibuat terhadap dua lelaki dan seorang wanita berusia 28 hingga 55 tahun di Gelang Patah, Iskandar Puteri pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Albertine hilang ditemui selamat

ARTIKEL BERKAITAN: Kehilangan Albertine: 3 ditahan bantu siasatan

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, siasatan dijalankan bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.

Dalam perkembangan terkini, Albertine ditemukan dalam keadaan selamat di satu lokasi di Batang Kali, Selangor.

Sebelum ini, bapanya menyedari anak perempuannya hilang kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu.

Kanak-kanak berambut panjang itu dilaporkan kali terakhir dilihat memakai kemeja-T Mickey Mouse berwarna putih.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berikut

Artikel Lain