suria

Albertine hilang ditemukan selamat

Albertine dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu, ditemui selamat.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Eco Galleria, Iskandar Puteri, pada Sabtu lalu, ditemukan selamat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pada Selasa.

Beliau berkata, kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan selamat di satu lokasi di Batang Kali, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Kehilangan Albertine: 3 ditahan bantu siasatan

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak hilang ketika bermain dekat gerai, ibu bapa sedang berniaga

Terdahulu, mStar melaporkan mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang hilang sejak Sabtu di Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor.

Kanak-kanak bernama Albertine Leo Jia Hui itu kali terakhir dilihat memakai kemeja-T Mickey Mouse berwarna putih.

Kanak-kanak berambut panjang berketinggian kira-kira 120 sentimeter (sm).

Bapanya menyedari dia hilang kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu.

Susulan kehilangan Albertine, tiga individu ditahan pada Isnin bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, tangkapan dibuat terhadap dua lelaki dan seorang wanita berusia 28 hingga 55 tahun di Gelang Patah, Iskandar Puteri pada Isnin

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain