suria

Tak perlu beratur! Mudahkan urusan peniaga, buka akaun bisnes patuh syariah dalam talian... Ketahui 6 perkara penting tentang Akaun OCBC eBiz-i

Membuka akaun pengurusan perniagaan lebih mudah dengan OCBC. -Gambar hiasan

BUKAN warga maya sahaja yang aktif menggunakan gajet untuk media sosial dan kehidupan harian, malah pemilik perniagaan juga semakin selesa dengan teknologi di hujung jari. Betul tak?

Maka tidak hairanlah lebih ramai pemilik perniagaan dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) beralih kepada akaun perbankan digital untuk memperkasakan bisnes mereka.

Tapi tidakkah pemilik perniagaan akan terasa terbeban sekiranya menguruskan transaksi jualan harian melalui akaun peribadi sahaja? Ramai yang tercari-cari penyelesaian yang menawarkan banyak kemudahan dan faedah kepada PKS.

Jangan risau! Bagi PKS, memiliki akaun perniagaan yang berasingan akan menjadikan urusan kewangan mereka lebih mudah dan terurus.

Mujur ada penyelesaian perbankan digital yang diperkenalkan oleh OCBC Al-Amin Bank Bhd, sebuah anak syarikat perbankan Islam OCBC Bank (Malaysia) Bhd iaitu Akaun OCBC eBiz-i, yang merupakan produk perbankan digital dan patuh syariah yang boleh dibuka sepenuhnya dalam talian di mana saja pada bila-bila masa.

Dengan Akaun OCBC eBiz-i, transaksi dalam talian boleh membantu dalam mempercepatkan urusan jual beli harian selain memudahkan PKS merekod hasil jualan.

Azuarina Creative SB - Picture2

Azwan mendaftar akaun perniagaan menggunakan telefon pintar sahaja.

Kini semakin ramai menyedari manfaat akaun perbankan perniagaan digital yang memberi kemudahan kepada PKS dalam menguruskan dan memperkukuh perniagaan.

Berikut merupakan enam perkara penting yang anda perlu ketahui mengenai Akaun OCBC eBiz-i yang memenuhi keperluan PKS:

1. Tak perlu menunggu lama

Nak elak menunggu giliran untuk berurusan di kaunter? Jangan risau, anda tidak perlu lagi hadir dan beratur di bank.

Dari proses permohonan, penyerahan dokumen atau pengesahan identiti, semuanya boleh dilakukan secara dalam talian sepenuhnya tertakluk kepada terma dan syarat. Senang, kan?

2. Mudah, jimat masa

Hanya perlukan akses internet dan peranti mudah alih, anda boleh membuka Akaun OCBC eBiz-i sepenuhnya dalam talian, tertakluk kepada terma dan syarat.

Aplikasi perbankan mudah alih perniagaan dan pengurusan kewangan perniagaan membolehkan anda berurusan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Mudah dan menjimatkan masa!

3. Deposit permulaan yang rendah

Anda hanya perlu sediakan deposit permulaan serendah RM500 sahaja. Bukan sahaja tidak membebankan, malah memberi kelebihan kepada mereka yang terjejas dalam pelbagai cabaran bisnes.

4. Pelbagai ciri menarik

Anda boleh mengurus dan memantau transaksi perniagaan dan aset kewangan anda dengan serta-merta.

Dengan satu akaun, anda boleh mengakses untuk transaksi perniagaan anda, pembayaran digital dalam talian, pengurusan invois dan akaun yang mudah, serta visual data untuk aliran tunai anda.

5. Tawaran penyelesaian pembayaran tanpa sentuh

Seiring dengan kemodenan, pelanggan anda diberi pilihan untuk membayar melalui kad debit atau kredit, terminal pedagang dan aplikasi pembayaran digital (kod QR).

Kaedah bayaran tanpa tunai ini sekali gus memudahkan kutipan bayaran di samping menjimatkan kos dan masa yang mana transaksi boleh disemak menerusi telefon pintar.

6. Kad Debit-i Perniagaan

Urus perbelanjaan perniagaan dengan lebih baik apabila anda pautkan kad debit-i ke Akaun OCBC eBiz-i anda.

Anda dapat menikmati transaksi tanpa tunai untuk perniagaan dan bayaran perniagaan patuh Syariah.

Tanpa mengira bisnes anda kecil atau besar, memiliki kemudahan perbankan perniagaan merupakan salah satu alternatif bagi memastikan pengurusan transaksi perniagaan yang selesa dan selamat.

Pemilik perniagaan terutamanya PKS bukan sahaja dapat memudahkan urus niaga harian, malah hasil jualan dapat direkodkan dengan lebih cekap dan sistematik.

Apa yang lebih menarik apabila kelebihan Akaun OCBC eBiz-i telah menarik perhatian seorang usahawan dalam bidang automotif yang begitu kagum sejak dari mula mendaftar.

Menerusi syarikatnya itu, usahawan berkenaan menyifatkan pengurusan pendaftaran secara dalam talian sangat mudah, selamat dan boleh dilakukan sendiri dengan mengikut arahan yang disediakan.

Menurutnya, membuka akaun secara dalam talian dengan OCBC Al-Amin sangat mudah! “Pengalaman saya mendaftar begitu lancar, sekali gus menunjukkan platform ini mesra pengguna dan prosesnya yang cekap.”

Malah katanya, rekaan platform yang intuitif dan menarik juga memudahkan untuk mengikut segala arahan serta langkah-langkah bagi memastikan pendaftaran akaun tidak menjadi rumit.

Turut berkongsi pengalaman menggunakan Akaun OCBC eBiz-i adalah pelanggan yang menawarkan servis dalam bidang kesenian, Azwan Aziz dari Azuarina Creative Sdn Bhd.

Katanya yang sudah mendaftarkan syarikat Azuarina Creative Sdn Bhd miliknya, dia bersyukur dengan perkhidmatan pantas semasa membuka akaun dengan OCBC Al-Amin..

Sebagai seorang yang sibuk dengan komitmen bekerja, Azwan kagum dengan seluruh proses pendaftaran yang benar-benar pantas. Bagi Azwan, tahap kecekapan perkhidmatan yang ditawarkan menerusi Akaun OCBC eBiz-i kepada pelanggan sememangnya menjimatkan masa.

Jelas Azwan lagi, dia tidak perlu berlengah-lengah lagi kerana OCBC Al-Amin membolehkannya menguruskan kewangan dengan mudah.

Berpuas hati menggunakan akaun Akaun OCBC eBiz-i, Azwan mengesyorkannya kepada sesiapa sahaja terutama PKS yang mencari platform pantas dan boleh dipercayai untuk kegunaan urusan perniagaan mereka.

Jangan tunggu lagi, boleh cepat-cepat mendaftar dan menjadi sebahagian daripada pelanggan Akaun OCBC eBiz-i

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain