SEORANG lelaki ditemukan mati akibat terjatuh ke dalam perigi berhampiran kediamannya di Lorong 7, Kampung Nesa, Skudai, Johor Bahru pada Sabtu, malam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai Saiful Bahri Safar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 9.41 malam. "Perigi itu berkedalaman 15 meter. Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) membuat selaman sebelum menemukan mangsa pada pukul 10.30 malam," katanya menerusi satu kenyataan. Lebih menyayat hati apabila adik mangsa yang juga saksi kejadian memberitahu abangnya sempat menghubungi ibu untuk meminta maaf sebelum didapati terjatuh ke dalam perigi. Tambah Saiful, mangsa yang berusia 47 tahun dibawa naik dengan menggunakan tali dan disahkan mati di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mayat seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube