suria

Tergamak perkosa adik ipar, pemotong rumput terima padah... Dipenjara 28 tahun, 24 sebatan

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan. -Gambar hiasan

SEORANG pemotong rumput dijatuhkan hukuman penjara 42 tahun dan 30 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Ahad, setelah didapati bersalah atas tiga pertuduhan merogol adik iparnya tiga tahun lepas.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap lelaki berusia 39 tahun itu pada akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun di sebuah rumah di Marang antara Februari hingga Julai 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan jika disabitkan kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kena ‘ratah’ dalam kereta, semak! Budak 11 tahun dirogol 4 lelaki bergilir-gilir

Berdasarkan keputusan hakim, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan untuk setiap pertuduhan, dengan hukuman pertuduhan pertama bermula hari ini (Ahad).

Sementara itu, hukuman bagi pertuduhan kedua dan ketiga diarahkan berjalan serentak sebaik tertuduh selesai menjalani hukuman penjara bagi pertuduhan pertama.

Tertuduh juga hanya akan menjalani hukuman 24 sebatan berdasarkan had maksimum dibenarkan mengikut Seksyen 288 Kanun Prosedur Jenayah.

Mahkamah turut membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sehingga proses rayuan selesai dengan wang jaminan RM35,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain