suria

Pemuda parah ditetak akibat cemburu... Isteri suspek lapor polis, dedah motif kejadian

Mendatangkan kecederaan pada individu lain adalah satu kesalahan. -Gambar hiasan

AKIBAT diselubungi perasaan cemburu, seorang lelaki bertindak menetak mangsanya menggunakan parang pada 4 September lalu.

Dia bagaimanapun ditahan dalam tempoh 24 jam selepas mangsa berusia 29 tahun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Taiping di Perak.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, mangsa yang merupakan seorang lelaki mengalami kecederaan parah setelah ditetak mengunakan sebilah parang.

“Pengadu seorang wanita juga isteri kepada suspek telah membuat laporan di IPD Taiping kira-kira pukul 7.20 malam.

“Berdasarkan siasatan awal yang dibuat didapati motif kejadian berpunca akibat perasaan cemburu,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain