suria

Tragis! Kemalangan ngeri empat kenderaan libat tujuh mangsa

Kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang wanita.

SEORANG wanita maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan empat buah kenderaan di kilometer 363.0 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan sekitar pukul 6.16 pagi pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata kemalangan itu melibatkan empat buah kenderaan iaitu sebuah lori lima tan, kereta jenis Serena dan dua motosikal.

Difahamkan seramai tujuh mangsa terlibat dalam kemalangan ngeri itu.

“Seorang mangsa meninggal dunia, seorang cedera parah, tiga cedera ringan dan dua orang lagi selamat.

"Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba," katanya pada Sabtu.

Tambahnya, mangsa dibawa ke tempat selamat dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menrima rawatan.

Manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain