suria

Akaun TikTok Abang Bas lesap beberapa jam selepas ditahan... Hilang hampir 650,000 pengikut

Akaun TikTok pemandu bas itu lesap selepas dia ditangkap pada Jumaat.

AKAUN TikTok milik seorang pemandu bas yang tular sudah disekat oleh pengendali platform media sosial itu.

Menerusi tangkap layar yang dikongsi, akaun milik pemuda itu dilihat sudah tidak boleh diakses oleh pengguna TikTok yang lain.

"Akaun TikTok lelaki tersebut juga sudah dihapuskan.

"Terima kasih kepada semua kerana menjadi warganegara yang prihatin.

"Kita mesti melindungi anak-anak kita," ciap seorang individu yang memuat naik tangkap layar itu ke X pada Jumaat.

Semakan mStar juga mendapati akaun TikTok pemandu bas dengan hampir 650,000 pengikut sudah tidak dapat dicari.

bas 2

Antara video yang pernah dikongsi oleh pemuda itu menerusi TikTok.

Malah, video-video yang dimuat naik olehnya turut menerima jumlah tontonan yang tinggi.

Salah satu video yang dikongsinya sebelum ini meraih 22 juta tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Bas ‘crush’ dengan murid sekolah rendah ditahan

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu bas sekolah rakam murid perempuan bikin panas, menteri arah buat laporan polis

Untuk rekod, pemandu bas yang tular kerana merakamkan video kanak-kanak itu ditahan polis kira-kira pukul 2.57 pagi Jumaat.

Terdahulu, mStar turut melaporkan mengenai kebimbangan orang ramai terhadap kandungan yang dimuat naik pemandu bas berkenaan di akaun TikTok miliknya.

Kapsyen 'hari ini crush kita buat homework' yang digunakan pemandu bas sekolah tersebut dianggap tidak bersesuaian untuk ditujukan kepada murid sekolah rendah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain