suria

Lelaki dakwa diserang kerabat Pahang… Tengku Hassanal titah PDRM siasat segera, tak akan lindungi mana-mana pihak

Tengku Hassanal bertitah semua pihak adalah sama di sisi undang-undang negara.

TENGKU Mahkota Pahang menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk segera menyiasat dakwaan kes keganasan fizikal melibatkan kerabat negeri itu yang tular di media sosial.

Menurut Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, baginda memandang serius perkara itu dan mahu pelaku diadili mengikut lunas undang-undang.

"Saya memandang serius mengenai berita yang tular di media sosial mengaitkan seorang kerabat Pahang bersama sekumpulan orang didakwa meyerang individu bernama Alias Awang menggunakan senjata tajam serta pistol sehingga mendatangkan keederaan yang berlaku di Kuantan, Pahang.

"Saya menyeru pihak PDRM menjalankan siasatan penuh secara segera, telus dan adil tanpa sebarang kompromi kepada mana-mana pihak agar keadilan dapat ditegakkan. Sekiranya terdapat bukti kesalahan dilakukan, ianya hendaklah dibawa ke mahkamah untuk dituduh dan dibicarakan.

th1

Tengku Hassanal turut berkongsi tentang hal itu menerusi Instagram.

"Semua pihak adalah sama di sisi undang-undang dan saya sesekali tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk kerabat yang terlibat dengan jenayah dan kesalahan undang-undang," titahnya menerusi kenyataan media pada Khamis.

Tengku Hassanal turut berkongsi tentang perkara itu menerusi laman Instagram.

Terdahulu, media melaporkan seorang pekerja pembinaan dan penyelenggaraan mendakwa dia diserang oleh seorang kerabat Diraja Pahang bersama sekumpulan individu.

Lelaki berkenaan menerima beberapa jahitan akibat cedera pada bahagian paha serta mengalami luka di kaki.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain