suria

Kes tipu tuntutan Perkeso, ada 2 lagi doktor direman

Tiga individu termasuk dua doktor dibawa ke Kompleks Mahkamah Georgetown, Pulau Pinang untuk direman pada pagi Khamis.

DUA lagi doktor dan seorang individu dibawa ke Kompleks Mahkamah Georgetown, Pulau Pinang untuk direman atas dakwaan terlibat dengan pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), pada pagi Khamis.

Ketiga-tiga individu berkenaan tiba pada pukul 8.50 pagi dengan kawalan ketat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Doktor berkenaan dipercayai daripada sebuah hospital kerajaan dan swasta di negeri berkenaan.

Mereka dibawa ke mahkamah dengan berpakaian lokap SPRM berwarna jingga untuk proses reman mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga doktor antara 33 individu direman, bantu siasatan kartel tipu tuntutan Perkeso

Pada Rabu, 33 suspek termasuk tiga doktor direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan yang sama.

Difahamkan, tiga doktor berkenaan berkhidmat di dua hospital awam dan sebuah hospital swasta, iaitu Hospital Seberang Jaya, Hospital Bukit Mertajam dan Hospital Pakar Bagan.

Sumber SPRM dipetik sebagai berkata, hasil siasatan mendapati kartel berkenaan aktif dalam kegiatan itu sejak 2017 sehingga tahun ini dengan nilai tuntutan palsu berjumlah RM2.1 juta. -The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain