suria

Raja Petra meninggal dunia di UK, sempat ulas perkembangan politik semasa

Raja Petra meninggal dunia pada usia 74 tahun.

BLOGGER kontroversi Raja Petra Kamarudin dilaporkan meninggal dunia di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.

Berita kematiannya disahkan oleh abangnya, Raja Idris.

“Dengan penuh dukacitanya saya memaklumkan bahawa Raja Petra Kamarudin baru sahaja meninggal dunia pada pukul 11.26 malam waktu UK pada hari Isnin 9 September 2024 di Manchester, UK.

“Semoga Allah swt menempatkan beliau di kalangan para syuhada dan solehin,” tulisnya di media sosial.

Dilahirkan pada 27 September 1950, Raja Petra mengendalikan laman web Malaysia Today.

Semakan di laman Facebook portal itu menunjukkan bahawa posting terakhirnya menyiarkan video pada 8 September.

Dengan memakai cermin mata gelap, berbaju biru serta berkopiah, penulis blog itu telah memberikan pandangannya mengenai perkembangan politik negara baru-baru ini.

Raja Petra mengetuai 'Kempen Bebaskan Anwar' yang kebanyakannya melalui penulisan dan sumbangan derma pada penghujung 1990-an dan 2000.

Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sebanyak dua kali.

Blogger yang menghadapi beberapa pertuduhan, telah menetap di UK sejak Mac 2009. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain