suria

Tragis! 4 tahun tak berhubung, anak datang ke rumah hanya temukan rangka bapa

Rangka seorang warga emas ditemukan di sebuah rumah.

HASRAT seorang anak lelaki untuk bertemu dengan bapanya bertukar tragis berikutan penemuan rangka seorang lelaki di sebuah rumah.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari ketika dihubungi mengesahkan mengenai satu laporan berhubung insiden pada Khamis lalu.

"Pengadu berkata pada hari berkenaan, dia pergi ke kediaman bapanya di Kepong, Kuala Lumpur.

"Apabila sampai di rumah, pintu dalam keadaan berkunci. Selepas pintu dipecahkan, dia menemukan bapanya dalam keadaan hanya tinggal rangka," katanya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Rangka warga emas: Jiran dedah tiada bau pelik, arwah rajin ke surau

Ahmad Sukarno berkata, bapa pengadu yang merupakan warga emas itu tinggal bersendirian selepas bercerai dengan ibunya.

"Kali terakhir pengadu berhubung dengan bapanya pada 2020," tambah beliau.

Siasatan menunjukkan mangsa mempunyai penyakit darah tinggi dan pernah terkena strok.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Dilaporkan, tidak dipastikan tempoh kematian sebenar mangsa dan rangka tersebut diserahkan kepada keluarganya. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain