suria

Dera anak: Ibu tunggal, teman lelaki dipenjara 2 tahun

Seorang ibu tunggal dan teman lelakinya dijatuhkan hukuman penjara selama 24 bulan kerana mendera anak kandung perempuan berusia lima tahun. -Gambar hiasan

SEORANG ibu tunggal dan teman lelakinya dijatuhkan hukuman penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Selangor atas pertuduhan mendera anak kandung perempuan berusia lima tahun.

Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza menjatuhkan hukuman tersebut selepas wanita berusia 32 tahun itu dan teman lelakinya, Mohamad Amir Rosdi, 26, mengaku bersalah.

Selain itu, tertuduh, Nor Arzilla Ardi, 32, dan Mohamad Amir Rosdi, 26, turut dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun selepas hukuman berjalan.

Mengikut pertuduhan, Nor Arzilla dan Mohamad Amir didakwa bersama-sama melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dengan cara memukul, mencubit, memijak dan menyiram air panas pada tubuh badan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kuala Selangor, antara 13 Ogos hingga 4 September lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan (KK), membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Suhaili Abu Bakar manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain