suria

Pokok tumbang hempap kereta, mangsa dikhuatiri maut

Pasukan bomba sedang melakukan operasi menyelamat di lokasi kejadian.

DUA individu dikhuatiri maut apabila kereta yang dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Lebuh Gereja di George Town, Pulau Pinang.

Kedua-dua mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu berada di dalam kereta yang parkir di lokasi kejadian, kira-kira pukul 2.30 petang Rabu.

Operasi menyelamat sedang dijalankan dengan pasukan bomba dilihat menebang dahan pokok bagi menyelamatkan mangsa.

Menurut Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di kebanyakan kawasan di Pulau Pinang.

Antara kawasan terjejas adalah Lorong Perak, Church Street Peranakan, Jalan Titi Kerawang, Anson Road Penang, Scotland Road dan Mount Erskine. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain