suria

SPRM geledah rumah Vivy Yusof... Sita 11 beg tangan, seutas jam tangan mewah

Kediaman Vivy Yusof digeledah SPRM pada Rabu. -Gambar hiasan

KEDIAMAN pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar di Mont Kiara, Kuala Lumpur digeledah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.

Menurut laporan Berita Harian yang memetik sumber, pasangan itu dibawa ke kediaman berkenaan selepas mereka selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Penggeledahan di kediaman mereka berakhir kira-kira pukul 8 malam, membabitkan rampasan 11 beg tangan serta seutas jam tangan mewah.

"Dalam serbuan ini, selain dihadiri 12 pegawai SPRM, ia turut disertai peguam pasangan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 2 hari direkod keterangan, penyiasat SPRM periksa rumah dan premis milik Vivy Yusof

"Penggeledahan berakhir sekitar pukul 8 malam dan antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000," katanya.

Kes melibatkan pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi.

Tambahnya, Vivy dan Fadzaruddin akan hadir lagi ke Ibu Pejabat SPRM pada pukul 10 pagi Khamis untuk menyambung keterangan mereka berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Terdahulu pada Rabu, Vivy dan Fadzaruddin hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk merekod keterangan mereka, yang mana hari ini merupakan hari kedua mereka disoal siasat.

Mereka kemudiannya dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM pada pukul 4.23 petang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain