suria

Jualan piza didakwa cecah RM600,000 sebulan, urus niaga bisnes 100 peratus cash... Cik Epal gesa LHDN siasat Jofliam

Cik Epal menggesa LHDN menyiasat bisnes piza diusahakan bekas suaminya.

PEMPENGARUH dan usahawan, Cik Epal meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat perniagaan piza diusahakan bekas suaminya, Jofliam.

Cik Epal berkata, LHDN perlu menyiasat perniagaan itu yang mana urusan jual belinya didakwa dijalankan 100 peratus melalui transaksi tunai.

"Income tax aku clean. Cuma ada orang tu perniagaan dia ambil cash. Tu faham-faham je la orang tu punya income tax bersih ke tidak.

"Pihak berkenaan, bolehlah pantau orang yang ambil cash 100 peratus tu," dakwanya menerusi Instagram Story pada Jumaat.

Dalam hantaran berasingan, Cik Epal mendakwa bekas suaminya meraih pendapatan kira-kira RM600,000 sebulan.

"Pizza tak untung? Penipu semua tu. Pizza dia untung gila okay. Sehari buat 500 keping pizza. 500 keping darab RM150, RM75,000 sales sehari.

CE

Pasangan ini bercerai selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

"Buat every weekend Sabtu dan Ahad. Sebulan dapat around RM600,000 sales," dakwa Cik Epal.

Tambah Cik Epal, dia juga tidak kisah jika disaman kerana dirinya berpegang pada pendirian untuk sentiasa berani menegakkan kebenaran.

"Nak saman aku ke? Saman saja. Cik Epal memang tak makan saman. Cik Epal makan nasi je. Tu semua fakta. Aku spesis berani kerana benar.

"Minggu ni duda aku buat pizza, pihak LHDN boleh tengok dan check berapa orang yang beratur dan beli secara cash," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hati aku dah mati untuk dia” - Cik Epal enggan rujuk dengan Jofliam, mahu kahwin lelaki yang lebih menghargai

Dalam pada itu, Cik Epal berkata dia juga pernah menasihati Jofliam berhubung hal itu namun diminta untuk tidak masuk campur.

"Sepanjang perkahwinan, aku dah remind banyak kali suruh dia bayar tax pizza, buat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan berhenti Forex haram tu.

"Tapi yang dia cakap, jangan masuk campur urusan dia. Sekarang bila dah cerai, memang aku dah tak akan jaga ketiak dialah. Pergi selesaikan dengan LHDN sana," tulisnya lagi.

Menjawab soalan netizen tentang tindakannya membuat pendedahan itu, Cik Epal berkata dia hilang sabar kerana mendakwa bekas suaminya bertindak biadab dengan orang tuanya.

Untuk rekod, mStar pada 9 Oktober lalu melaporkan Cik Epal dan Jofliam bercerai selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini memiliki sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain