suria

Gempar wanita maut jatuh bangunan dekat pusat beli-belah

Anggota bomba menurunkan wanita yang maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan. Foto JBPM KL

ORANG ramai digemparkan dengan insiden membabitkan seorang wanita yang maut selepas terjatuh dari bangunan bersebelahan sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Kejadian pada Isnin itu disahkan oleh Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menerima panggilan kecemasan pukul 3.57 pagi.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Md Fuad Selamat, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dibantu BBP Jalan Hang Tuah digerakkan ke lokasi kejadian.

Jelasnya, setibanya di lokasi kejadian, pihaknya mendapati seorang wanita terjatuh di atas bumbung bangunan dari tingkat yang tidak dikenal pasti.

"Mangsa dibawa turun pada pukul 7.48 pagi dengan bantuan skylift pihak bangunan sebelum anggota bomba menurunkan mangsa ke bawah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Md Fuad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia dan punca kejadian dalam siasatan polis.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan