SUSPEK yang dikaitkan dengan satu lagi kes dakwaan buli terhadap pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan dihadapkan ke mahkamah, pada Jumaat. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi berkata, suspek akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur. Beliau menambah, seramai 16 orang telah dirakamkan keterangan berhubung insiden tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Lagi kes buli di UPNM... Pelatih tahun 1 retak tulang rusuk dan tulang belakang, dipercayai dipijak senior ARTIKEL BERKAITAN: Tekap seterika di dada junior, pegawai kadet UPNM mengaku tak bersalah Terdahulu, media melaporkan bahawa satu lagi kes dakwaan dibuli yang melibatkan pelajar UPNM. Dilaporkan, Rusdi berkata, laporan mengenai dakwaan buli itu memaklumkan bahawa mangsa yang merupakan pelatih tahun satu didapati cedera pada pukul 10.45 malam, 21 Oktober, selepas namanya dipanggil di tepi padang kawad. "Mangsa berusia 19 tahun dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak pelatih tahun tiga. "Mangsa kini mendapatkan rawatan di hospital berhubung kecederaan yang dialami," katanya. Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. -The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube